Posts

40 Hadith Syurga Rumah Tangga - Ustaz Solleh Razak

Image
40 HADITH SYURGA RUMAH TANGGA  Himpunan Hadith Mulla 'Ali al-Qari -rahimahullah- 1. Karya yang menghimpunkan 40 hadith berkaitan perkahwinan oleh al-‘All a mah al-Shaykh ‘Al i bin Sul ta n Mu h ammad al-Q ari -ra h imahull a h- ini telah disiapkan pada pertengahan bulan Syawal pada tahun 1010 hijrah. Manuskrip asal karya ini terdapat di Madinah Munawwarah, Istanbul dan Berlin, Almania Barat. Berhubung karya ini, kami akan kongsikan kepada para pembaca beberapa aspek penting agar kita lebih mengenali karya yang ingin kita baca dan hadam ini. 2. Mull a ‘Al i al-Q ari -ra h imahull a h- memulakan karya ini dengan membentangkan enam ayat al-Quran yang mulia berkaitan perkahwinan. Sejurus itu, beliau menyebut 41 hadith berkaitan perkahwinan yang menjadi pilihan beliau, namun hadith ke-41 dikemukakan sebagai sokongan terhadap hadith ke-40.  3.  karya yang berada di tangan kita sekarang ini akan menyentuh hal tersebut dengan lebih teliti dan terperinci. Karya ini bukan sekadar bercer

Sehingga Ilmu Terpahat Di Hati - Ust Solleh Razak

Image
Sehingga Ilmu Terpahat Di Hati - Ust Solleh Razak Karya ini merupakan karya TERJEMAHAN dan HURAIAN terhadap karya agung Imam al-Qadhi Ibn Jama'ah al-Shafi'i - rahimahullah- yang berjudul Tadhkirah al-Sami' wa al-Mutakallim fi Adab al-'Alim wa al-Muta'allim (تذكرة السامع والمتكلم في أدب العالم والمتعلم). Perbincangan karya ini berkaitan adab dalam menuntut ilmu yang melibatkan adab seorang guru dan pelajar. Tambahan itu, membincangkan tentang adab terhadap buku atau kitab dan adab terhadap asrama atau tempat tinggal pelajar.  Secara ringkasnya, kandungan karya ini melibatkan perkara berikut: [1] Peringatan untuk orang berilmu (guru) tentang adab yang wajar dilakukannya, [2] Perhatian kepada pelajar tentang adab yang perlu diterapkan ketika pengajian, [3] Adab yang sewajarnya diamalkan secara bersama oleh guru dan pelajar, [4] Adab yang sewajarnya dilakukan ketika berinteraksi dengan kitab-kitab, [5] Adab guru atau pelajar ketika berada di sekolah dan asrama. Keis

Indahkan Adabmu: Kalam Murabbi Mursyid - Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Image
Alhamdulillah. Penerbitan buku INDAHKAN ADABMU: Ringkasan dan Huraian AL-ADAB AL-MUFRAD sangat memberi makna  yang sangat besar kerana kesudian Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menitipkan kata-kata nasihat dan bimbingan. Di sini, Mata Buku Resources berkongsi dengan para pembaca sekalian, kata-kata nasihat dan bimbingan daripada Tuan Guru sebagaimana berikut: ==================================== Kalam Murabbi Mursyid Dato’ Seri Tuan Guru Haji  Abdul Hadi Awang ==================================== Imam Al-Bukhari, pengarang kitab ‘al-Adab al-Mufrad’ cukup diberi kepercayaan kerana ketokohannya dalam ilmu Hadis Nabawi yang menjadi salah satu sumber ilmu Islam yang terpenting selepas al-Quran yang diwahyukan. Peranannya menjadi pentafsir amali daripada ilmu wahyu yang diterima daripada Allah SWT, di mana cara amalannya ialah peribadi Rasulullah SAW. Insan pilihan Allah yang menjadi Rasul akhir zaman bagi seluruh manusia di seluruh pelusuk dunia dan sepan

AL-ADAB AL-MUFRAD di sisi para ulama

Image
Pada kesempatan kali ini, suka untuk kami kongsikan dengan para pembaca sekalian kedudukan dan pandangan para ULAMA terhadap kitab AL-ADAB AL-MUFRAD karangan Imam al-Bukhari rhm.   Sesungguhnya pujian dan sanjungan para ulama terhadap karya ini tidak terhingga banyaknya, namun pada kesempatan ini, kami nukilkan sebahagian kecil daripada pandangan para ulama terhadap karya yang penuh keberkatan dan penuh manfaat ini. PERTAMA: Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani rhm. menyatakan:  “Kitab al-Adab al-Mufrad mengandungi hadis-hadis tambahan terhadap hadis ‘al-Jami’ al-Sahih’ yang sedia ada. Di dalamnya mengandungi sedikit atsat-atsar Mauquf, namun banyak faedahnya”. [1] KEDUA: Al-Syeikh Abdul Rahman al-Mu’allimi rhm. :  “Kitab beliau ini -iaitu al-Adab al-Mufrad- merupakan kitab al-Bukhari yang paling utama selepas kitab ‘al-Jami’ al-Shahih’ disebabkan penekanan beliau untuk sesiapa yang mahu mengikuti al-Sunnah. Ia merupakan kitab yang lengkap dan merangkumi semua aspek.

Lakaran Buku INDAHKAN ADABMU : Ringkasan dan Huraian Al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari

Image
Lakaran Buku Indahkan Adabmu:  Begini Metodologi Penulisan Buku Ini. | Cetakan Rujukan Rujukan utama kami adalah berdasarkan kitab al-Adab al-Mufrad, tahqiq: Muhammad Fuad ‘Abdul Baqi, cet: ke-3, Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah, 1409H/1989M. Disamping itu, turut merujuk cetakan-cetakan lain. | Ringkasan Hadis Ringkasan hadis dalam karya ini melibatkan beberapa aspek sebagaimana berikut: 1. Sanad Masyarakat kita begitu asing dengan rantaian sanad yang terdapat di dalam kitab-kitab hadis. Sebahagian daripada mereka terus meninggalkan sanad ini tanpa dibaca dan diperhatikan. Situasi ini merupakan satu kerugian dan pengabaian terhadap ilmu hadis. Menyedari situasi ini, kami mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kepada para pembaca dengan meringkaskan sanad yang terdapat di dalam karya al-Adab al-Mufrad ini. Kami meringkaskan sanad kepada tiga tabaqat atau tiga peringkat sahaja. Sama ada tabaqat Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in, atau saha

Hubungi Kami

Image
HUBUNGI KAMI: MATA BUKU RESOURCES [ No. Pendaftaran: 002913212-H ] Lot 3101 (20), B BT 10 1/4, Kg. Bukit Lanjan, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur. | Email: matabuku2019@gmail.com  | Facebook:   Mata Buku | Instagram:  mata_buku | Blog: https://matabukuresources.blogspot.com | Whatsapp:   011 - 3999 3525 | Shopee:   mata buku

Karya-Karya Ustaz Dr. Solleh Razak

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Senarai Karya-Karya Ustaz Dr. Solleh Razak ============================================== Cara mendapatkan karya-karya di atas: Hubungi:  011 - 3999 3525 Melalui:   Shopee ============================================== 14. Jalan Terus Di Jalan Lurus [ Terjemahan & Huraian Ringkas Kitab Risalah al-Mustarshidin, Imam al-Harith al-Muhasibi ] Penerbit: Mata Buku Resources Tahun: 2022 | Halaman: 248 Harga: RM 35.00 13. 40 Hadith Syurga Rumah Tangga [ Huraian Hadith Berkaitan Perkahwinan dan Rumahtangga oleh Mulla 'Ali al-Qari ] Penerbit: Mata Buku Resources Tahun: 2022 | Halaman: 600 Harga: RM 70.00 12. Sehingga Ilmu Terpahat Di Hati [Terjemahan & Huraian Kitab Tadhkirah al-Sami' wa al-Mutakallim, Imam Ibn Jama'ah ] Penerbit: Mata Buku Resources Tahun: 2021 | Halaman: 313 Harga: RM 40.00 11. Indahkan Adabmu: Ringkasan dan Huraian al-Adab al-Mufrad Penerbit: Mata Buku Resources Terjemahan, Ringkasan dan Huraian: Kitab al-Adab al-Mufrad, Ima