AL-ADAB AL-MUFRAD di sisi para ulama

Pada kesempatan kali ini, suka untuk kami kongsikan dengan para pembaca sekalian kedudukan dan pandangan para ULAMA terhadap kitab AL-ADAB AL-MUFRAD karangan Imam al-Bukhari rhm. Sesungguhnya pujian dan sanjungan para ulama terhadap karya ini tidak terhingga banyaknya, namun pada kesempatan ini, kami nukilkan sebahagian kecil daripada pandangan para ulama terhadap karya yang penuh keberkatan dan penuh manfaat ini. PERTAMA: Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani rhm. menyatakan: “Kitab al-Adab al-Mufrad mengandungi hadis-hadis tambahan terhadap hadis ‘al-Jami’ al-Sahih’ yang sedia ada. Di dalamnya mengandungi sedikit atsat-atsar Mauquf, namun banyak faedahnya”. [1] KEDUA: Al-Syeikh Abdul Rahman al-Mu’allimi rhm. : “Kitab beliau ini -iaitu al-Adab al-Mufrad- merupakan kitab al-Bukhari yang paling utama selepas kitab ‘al-Jami’ al-Shahih’ disebabkan penekanan beliau untuk sesiapa yang mahu mengikuti al-Sunnah. Ia merupakan kitab yang lengkap dan merangkumi semua aspek.