Posts

Showing posts from March, 2019

Indahkan Adabmu: Kalam Murabbi Mursyid - Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Image
Alhamdulillah. Penerbitan buku INDAHKAN ADABMU: Ringkasan dan Huraian AL-ADAB AL-MUFRAD sangat memberi makna  yang sangat besar kerana kesudian Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menitipkan kata-kata nasihat dan bimbingan. Di sini, Mata Buku Resources berkongsi dengan para pembaca sekalian, kata-kata nasihat dan bimbingan daripada Tuan Guru sebagaimana berikut: ==================================== Kalam Murabbi Mursyid Dato’ Seri Tuan Guru Haji  Abdul Hadi Awang ==================================== Imam Al-Bukhari, pengarang kitab ‘al-Adab al-Mufrad’ cukup diberi kepercayaan kerana ketokohannya dalam ilmu Hadis Nabawi yang menjadi salah satu sumber ilmu Islam yang terpenting selepas al-Quran yang diwahyukan. Peranannya menjadi pentafsir amali daripada ilmu wahyu yang diterima daripada Allah SWT, di mana cara amalannya ialah peribadi Rasulullah SAW. Insan pilihan Allah yang menjadi Rasul akhir zaman bagi seluruh manusia di seluruh pelusuk dunia dan sepan