Sehingga Ilmu Terpahat Di Hati - Ust Solleh Razak

Sehingga Ilmu Terpahat Di Hati
- Ust Solleh Razak


Karya ini merupakan karya TERJEMAHAN dan HURAIAN terhadap karya agung Imam al-Qadhi Ibn Jama'ah al-Shafi'i -rahimahullah- yang berjudul Tadhkirah al-Sami' wa al-Mutakallim fi Adab al-'Alim wa al-Muta'allim (تذكرة السامع والمتكلم في أدب العالم والمتعلم).

Perbincangan karya ini berkaitan adab dalam menuntut ilmu yang melibatkan adab seorang guru dan pelajar. Tambahan itu, membincangkan tentang adab terhadap buku atau kitab dan adab terhadap asrama atau tempat tinggal pelajar. 

Secara ringkasnya, kandungan karya ini melibatkan perkara berikut:
[1] Peringatan untuk orang berilmu (guru) tentang adab yang wajar dilakukannya,

[2] Perhatian kepada pelajar tentang adab yang perlu diterapkan ketika pengajian,

[3] Adab yang sewajarnya diamalkan secara bersama oleh guru dan pelajar,

[4] Adab yang sewajarnya dilakukan ketika berinteraksi dengan kitab-kitab,

[5] Adab guru atau pelajar ketika berada di sekolah dan asrama.


Keistimewaan Terjemahan dan Huraian ini:
[1] Berdasarkan majlis talaqqi Syeikh Salih bin ‘Abdullah al-‘Usaimi hafizahullah,

[2] Huraian terhadap perkataan dan istilah yang ganjil, ungkapan ringkas yang memerlukan huraian. Hal ini memudahkan para pembaca memahami maksud pengarang.

[3] Dikemukakan dalil berdasarkan al-Quran dan Hadith. Setiap hadith dikemukan takhrij hadith.

[4] Disokong dengan pandangan dan kisah-kisah para salafussalih dan para imam sebagai motivasi dan muhasabah diri,

[5] Pemisahan antara teks asal Ibn Jama‘ah -rahimahullah- dan huraiannya. Dimana huraian diletakkan pada bahagian nota kaki.

.....
MAKLUMAT BUKU:
Buku:
■ Sehingga Ilmu Terpahat Di Hati
■ Terjemahan & huraian oleh Ust Solleh Razak
Maklumat buku:
Saiz buku: 6.7 x 9.5 inci (saiz kitab Arab @ B5)
Halaman: 328 ms
Kulit: Softcover

Harga : RM 40.00 sahaja.
Harga : RM 40.00 sahaja.

.........
Bagaimana cara untuk mendapatkan karya ini?
1. Shopee: 

2. Whatsapp: 

Comments

Carian Popular

AL-ADAB AL-MUFRAD di sisi para ulama

Karya-Karya Ustaz Dr. Solleh Razak

Indahkan Adabmu: Kalam Murabbi Mursyid - Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang