40 Hadith Syurga Rumah Tangga - Ustaz Solleh Razak

40 HADITH SYURGA RUMAH TANGGA 

Himpunan Hadith Mulla 'Ali al-Qari -rahimahullah-


1. Karya yang menghimpunkan 40 hadith berkaitan perkahwinan oleh al-‘Allamah al-Shaykh ‘Ali bin Sultan Muhammad al-Qari -rahimahullah- ini telah disiapkan pada pertengahan bulan Syawal pada tahun 1010 hijrah. Manuskrip asal karya ini terdapat di Madinah Munawwarah, Istanbul dan Berlin, Almania Barat. Berhubung karya ini, kami akan kongsikan kepada para pembaca beberapa aspek penting agar kita lebih mengenali karya yang ingin kita baca dan hadam ini.


2. Mulla ‘Ali al-Qari -rahimahullah- memulakan karya ini dengan membentangkan enam ayat al-Quran yang mulia berkaitan perkahwinan. Sejurus itu, beliau menyebut 41 hadith berkaitan perkahwinan yang menjadi pilihan beliau, namun hadith ke-41 dikemukakan sebagai sokongan terhadap hadith ke-40. 


3. karya yang berada di tangan kita sekarang ini akan menyentuh hal tersebut dengan lebih teliti dan terperinci. Karya ini bukan sekadar bercerita tentang perkahwinan, bahkan merangkumi persoalan sebelum perkahwinan, semasa proses perkahwinan dan ketika alam perkahwinan, serta permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengannya. Lebih daripada itu, petunjuk daripada Rasulullah -sallallahu alayhi wa sallam- ini memberikan satu semangat dan roh yang tinggi dalam mengemudi bahtera perkahwinan dengan sebaik-baiknya. Oleh  yang demikian, karya ini bukan sekadar perlu dibaca oleh seseorang yang ingin berkahwin, malah perlu terus dibaca oleh pasangan yang sedang berada di dalam bahtera rumahtangga.


4. Tambahan itu, hadith yang dihimpunkan oleh Mulla ‘Ali al-Qari -rahimahullah- juga tidak hanya khusus kepada pasangan lelaki dan perempuan sahaja, malah ia melibatkan orang sekeliling mereka, termasuk ibu bapa, saudara mara, sahabat handai dan sesiapa yang mengenali pasangan suami isteri. Justeru, karya ini bukan hanya perlu dibaca oleh pasangan yang berkahwin, malah sesiapa yang mengetahui seseorang  yang mahu berkahwin.


5. Metodologi Huraian Hadith

5.1    Mengemukakan Tajuk Hadith

Hadith-hadith yang dikemukakan oleh Mulla ‘Ali al-Qari -rahimahullah- tidak dinyatakan tajuk dan lebih memfokuskan untuk mengemukakan hadith-hadith pilihan berkaitan perkahwinan. Justeru, kami meletakkan tajuk yang sesuai bagi hadith-hadith tersebut berdasarkan konteks hadith tersebut. Semoga tajuk tersebut selari dengan matlamat Mulla ‘Ali al-Qari -rahimahullah- dalam penulisan karya ini.

5.2    Mengemukakan Segmen Huraian Hadith

Tatkala menghuraikan hadith-hadith yang dikemukakan oleh Mulla ‘Ali al-Qari -rahimahullah-, kami telah menyusun hurian tersebut dengan mengemukakan beberapa segmen penting agar lebih berstruktur dan tersusun. Sekali gus memudahkan para pembaca untuk memahami dan merujuknya kembali. Oleh yang demikian, setiap hadith dibahagikan kepada enam segmen iaitu Matan Hadith, Maksud Hadith, Takhrij Hadith, Inti Pati Hadith, Huraian Hadith dan Refleksi Hadith.

5.3    Takhrij Hadith

Sebagaimana maklum bahawa hadith-hadith yang dikemukakan oleh Mulla ‘Ali al-Qari -rahimahullah- hanya dinyatakan sumber hadithnya secara ringkas. Namun beliau tidak menyatakan status hadith dan tidak mengemukakan takhrij hadith secara terperinci. Oleh yang demikian, bagi mengisi kekosongan tersebut dan khidmat kepada karya beliau, maka kami mengemukakan takhrij hadith bagi kesemua hadith-hadith tersebut. Dalam mengemukakan takhrij hadith, kami manfaatkan takhrij hadith yang dikemukakan oleh Shaykh Mashhur Hasan Salman -hafizahullah- dalam tahqiq beliau terhadap karya ini. Tambahan itu, kami turut membuat penambahan dan penambahbaikan terhadap takhij hadith tersebut.

5.4    Huraian Terhadap Semua Hadith

Kami sedaya upaya menghuraikan hadith yang dikemukakan oleh Mulla ‘Ali al-Qari -rahimahullah- dengan sebaik mungkin dan mengharapkan ia selari dengan matlamat himpunan 40 hadith tersebut. Dalam pada itu, bagi hadith-hadith yang dinilai sebagai mawdu, kami turut menghuraikan intipatinya sekiranya ia selari dengan maksud syariat. Namun ia tidak bermakna kami menjadikan hadith tersebut sebagai dalil, dasar dan rujukan dalam perbincangan. Malah jauh sekali untuk mengiktirafnya sebagai hadith. Sebaliknya kami memalingkan perbincangan tersebut kepada dasar dan prinsip yang selari dengan syariat Islam berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah. Hal ini dilakukan agar perbincangan berkaitan dengannya tidak kosong dan mampu mengambil manfaat daripada perbincangan tersebut.

.........................
MAKLUMAT BUKU:
.........................
Buku:
■ 40 Hadith Syurga Rumah Tangga - Mulla 'Ali al-Qari
■ Penulis: Ust Solleh Razak
Maklumat buku:
Saiz buku: 6.7 x 9.5 inci (saiz kitab Arab @ B5)
Halaman: 600 ms
Kulit: Softcover

Harga : RM 70.00 sahaja.
Harga : RM 70.00 sahaja.
........................

Bagaimana cara untuk mendapatkan karya ini?

1. Shopee: 

2. Whatsapp: 

 

Comments

Carian Popular

AL-ADAB AL-MUFRAD di sisi para ulama

Karya-Karya Ustaz Dr. Solleh Razak

Indahkan Adabmu: Kalam Murabbi Mursyid - Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang